Wednesday 19 April 2017

TRC & IPS Telupid

Daerah Telupid adalah salah satu daerah yang terletak di tengah-tengah negeri Sabah. Perjalanan ke Telupid dari Kota Kinabalu hanya mengambil masa selama 3-4 jam melalui jalan Kundasang-Ranau. 

Apa yang ada di Telupid?? Mungkin ramai yang belum tahu apa yang kita boleh buat di Telupid. Sebenarnya Telupid sangat strategik sebagai tempat untuk anda melegakan kekusutan kepala, menenangkan hati dan perasaan.... aisehhh

Bila anda berkesempatan singgah di Telupid... ambilah peluang melawat ke Tawai Rainforest Camp yang tidak jauh dari pekan Telupid. 15 minit saja bah drive dari pekan. Tawai Rainforest Camp adalah pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Sabah.
Boleh berenang, hiking, bbq, etc. Sekiranya anda kaki hiking, boleh cuba hiking ke air terjun Tawai. 

Pic 1: Kolam mandi berperingkat.

Pic 2: Kawasan luar

Pic 3: Kolam mandi kanak-kanak

Selain Tawai Rainforest Camp, anda juga boleh beriadah di Institut Perhutanan Sabah.

Ramai orang yang datang ke tempat ini untuk jogging. Sebilangan pengunjung pula datang untuk menikmati angin petang di tepi kolam.

Pic 4: Antara pemandangan yang anda boleh nikmati di IPS

Pic 5: Jambatan ke pondok tengah kolam

Pic 6: Titian kecil di tepi kolam

Pic 7: IPS Telupid


IPS Telupid

Sunset Telupid

TRC & IPS masing-masing dilengkapi dengan resthouse. Entry fee ke TRC adalah Rm3/pax. IPS boleh masuk percuma.

Sekian coretan seorang RA.

Wednesday 4 June 2014

Word of the day.

"When you are at the end of your rope,
Tie a knot and keep climbing."